Temuduga untuk jawatan kosong SPRM bermula esok

KUALA LUMPUR 31 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan sesi temuduga bagi calon-calon yang fasih bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin, selama tiga hari bermula esok.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, sesi temuduga itu bagi mengisi jawatan kosong Penolong Pegawai Siasatan (P29) dan Pegawai Siasatan (P41) untuk lantikan pengambilan secara kontrak.